Tanggungjawab sosial korporat Huawei

Huawei menderma wang dan peralatan kepada beberapa universiti dan pusat latihan di negara-negara seperti Kenya, India, Indonesia, Bangladesh, dan Nigeria sebagai sebahagian daripada sokongan antarabangsa kepada pendidikan dan latihan teknologi dan komunikasi. Di Amerika Syarikat, Huawei telah menaja Program Masa Depan Komunikasi MIT, penyelidikan kerjasama yang mengkaji masa depan industry telekomunikasi.

Pada tahun 2010, Huawei menyertai Suruhanjaya Jalur Lebar untuk Perkembangan Digital yang ditubuhkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan UNESCO untuk menyokong penghantaran jalur lebar di negara sedang membangun. Pada tahun yang sama, Huawei menyertai consortium Green Touch, kumpulan industry yang bertujuan menjadikan rangkaian komunikasi 1000 kali lebih efisien berbanding dengan rangkaian yang sedia ada.Pada Jun 2011, Huawei menandatangani satu perjanjian lima tahun yang menyumbang perkhidmatan, peralatan dan kepakaran teknikal yang bernilai lebih US$ 1.4 juta kepada Universiti Carleton, di Ottawa, Kanada, untuk menubuhkan makmal penyelidikan yang mengkaji teknologi dan perkhidmatan pengkomputeran awan. Pada bulan yang sama, Huawei menerbit Laporan Tanggungjawab Sosial Perusahaan 2010.